Fakta menarik tentang The Beatles - Utusan Malaysia

Fakta menarik tentang The Beatles

HELP!, from left: Paul McCartney, George Harrison, Ringo Starr, John Lennon 1965
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Meskipun dibubarkan lebih lima dekad lalu, The Beatles tetap diabadikan sebagai kumpulan paling berpengaruh dan terkenal dunia.

Empat figura, John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr bukan sekadar ahli band terbesar dunia, malah mencipta kemasyhuran dengan pencapaian dan kejayaan masing-masing.

Banyak yang kita ketahui tentang kumpulan ini. Berikut pula adalah lima fakta yang tidak diketahui tentang The Beatles.

Ringo bercita-cita menjadi pendandan rambut

Kesemua anggota The Beatles, ketika fasa awal kejayaan mereka, pernah disoal tentang cita-cita masing-masing.

Salah seorang ahlinya, Ringo Starr memaklumkan beliau menaruh impian membuka sebuah salon rambut wanita.

Meskipun impian itu tidak menjadi kenyataan, Ringo tetap mengahwini isteri pertama yang seorang pendandan rambut dari Liverpool, United Kingdom bernama Maureen.

Siap album pertama dalam satu hari

Susulan kejayaan lagu Please, Please Me, syarikat rakaman, Parlophone mengarahkan The Beatles agar segera menghasilkan album. Dalam hanya 13 jam, album Please, Please Me berjaya disiapkan dengan bantuan penerbit tersohor, George Martin.

Album tersebut mengandungi 14 lagu yang kebanyakannya ditulis Paul McCartney dan John Lennon.

Pada 2013, album berkenaan dirakam semula artis baharu dan mengambil masa satu hari untuk disiapkan. Inisiatif itu adalah simbolik sambutan ulang tahun yang ke-50 bagi album itu.

Yoko bukan punca perpecahan The Beatles

Bertahun lamanya, isteri John Lennon, Yoko Ono, dituduh menjadi punca perpecahan kumpulan tersebut. Realitinya, hubungan antara semua ahli mulai dingin sebelum Lennon mengenali Ono.

Bagaimanapun, ketegangan antara Lennon dan George Harrison semakin terserlah dalam beberapa situasi, antaranya ketika Ono mengambil biskut kepunyaan Harrison tanpa kebenaran.

Peminat pecah masuk rumah Paul McCartney

Paul McCartney berdepan detik cemas apabila rumahnya dipecah masuk seorang peminat wanita ketika The Beatles mencipta kemasyhuran sekitar era 70-an.

Insiden itu diceritakan beliau menerusi rangkap dalam lagu Abbey Road yang ditulis “She Came In Through the Bathroom Window”.

Menurut McCartney, wanita berkenaan memecah masuk menerusi tingkap bilik mandi dengan menggunakan tangga.

Tidak sekadar itu, wanita tersebut turut melarikan beberapa pasang baju dan barangan peribadi milik McCartney.

Let It Be tidak merujuk kitab Injil

Ramai peminat yang menyangka lagu yang diterbitkan pada tahun 1970 ini simbolik kepada kitab suci penganut agama Kristian, Injil.

Persepsi itu ditimbulkan terhadap rangkap di dalam lagu tersebut yang ditulis When I find myself in times of trouble, Mother Mary comes to me, speaking words of wisdom, let it be.

Hakikatnya, bait-bait lagu berkenaan sebenarnya merujuk kepada ibu Paul McCartney, Mary McCartney yang meninggal dunia akibat kanser payu dara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya