Enggan layan desas-desus gerakan tumbangkan kerajaan - Utusan Malaysia

Enggan layan desas-desus gerakan tumbangkan kerajaan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini disifatkan berada pada situasi yang stabil, utuh dan berfungsi.

Sehubungan itu, PHberkata, beliau tidak melihat adanya ancaman daripada pihak luar terhadap Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Malah, beliau juga enggan melayan dan tidak mahu memberikan sebarang maklum balas terhadap desas-desus kononnya Kerajaan Perpaduan ketika ini bakal tumbang seperti yang didakwa dan tular di media sosial.

“Fokus kami sekarang adalah untuk memulihkan semula ekonomi, membantu rakyat terutama selepas pandemik Covid-19.

“Kestabilan politik, memakmurkan ekonomi, menjaga kebajikan rakyat adalah fokus kami (Kerajaan Perpaduan) ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Saifuddin ditanya mengenai desas-desus yang tular di media sosial kononnya Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi PH dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) akan tumbang dalam tempoh terdekat, malah ada yang meramalkan seawal September ini.

Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut menyifatkan dakwaan partinya terlibat dalam percubaan menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan Anwar sebagai mengarut dan tidak berasas.

Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, dakwaan yang dilaporkan oleh sebuah portal berita sebelumnya adalah tidak benar dan pihaknya tidak terlibat dengan gerakan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya