Duyung sambut tetamu musim raya 

Duyung sambut tetamu musim raya 

ANTARA duyung yang menjadi tarikan di Aquaria KLCC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga ekor ikan duyung akan membuat penampilan khas di Aquaria KLCC sempena musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Aquaria KLCC, Datuk Simon Foong berkata, pertunjukan puteri duyung The Mermaid Mission of the Dolphin Lee itu akan ‘menyambut’ kedatangan pengunjung bermula 17 April sehingga 2 Mei nanti.

“Ini pertama kali kami mengadakan persembahan ikan duyung sempena hari raya untuk memberi kelainan.

“Sebelum ini persembahan seumpama ini diadakan ketika sambutan Tahun Baharu Cina. Tapi kali ini kita mahu memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini

Selain itu, turut dipersembahkan tarian tradisional dan pelbagai pameran serta aktiviti tambahan bertemakan Hari Raya Aidilfitri.

“Aquaria KLCC turut memberikan biskut raya kepada pelawat sepanjang tempoh perayaan Fintastienya Raya pada fasa kedua dari 2 Mei hingga 20 Mei 2023.

“Pihak kita juga turut menawarkan diskaun tiket sebanyak 10 peratus kepada mana-mana pelanggan yang hadir secara walk-in memakai baju raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN