Dua wanita ditahan salah guna kuasa  - Utusan Malaysia

Dua wanita ditahan salah guna kuasa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang ketua pembantu tadbir sebuah jabatan di negeri ini dan seorang pemilik syarikat ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa, petang ini.

Kedua-dua wanita terbabit ditahan antara pukul 1.45 petang sehingga 2.10 petang  ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu di sini.

Mereka yang berusia 30-an dan 40-an itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Penahanan itu dibuat selepas penjawat awam terbabit disyaki menyalahgunakan jawatan dengan menyokong syarikat milik adik iparnya bagi mendapatkan perolehan pembekalan jabatan tersebut.

Kes salah guna kuasa itu dipercayai dilakukan suspek sejak 2019 dan melibatkan lebih 10 perolehan pembekalan bernilai keseluruhan kira-kira RM30,000.

Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, pagi esok, bagi mendapatkan permohonan reman.  

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd. Yazid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya