Dua maut, kereta dinaiki terjunam ke dalam sungai - Utusan Malaysia

Dua maut, kereta dinaiki terjunam ke dalam sungai

KEADAAN sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki selepas kemalangan di Kilometer 6 Jalan Parit Botak-Ayer Hitam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Parit Kuari di Parit Raja dekat sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi di Kilo­meter 6, Jalan Parit Botak-Ayer Hitam itu melibatkan mangsa berusia 21 dan 22 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan daripada Parit Te­ngah menuju ke Ayer Hitam.

“Sebaik sahaja sampai di lokasi, kereta dinaiki dikatakan hilang kawalan dan ter­babas ke sebelah kanan jalan seterusnya melanggar papan tanda sebelum terjatuh ke dalam Sungai Parit Kuari.

“Susulan itu Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Ayer Hitam dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta,” katanya.

Jelasnya, punca kemala­ngan belum dikenal pasti dan mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu Komander Operasi dari BBP Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohd Shamin Mohamed Salikin berkata, seramai tujuh anggota dibantu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Terdapat dua lelaki dewasa terperangkap dalam kereta itu. Tindakan mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sehingga selesai.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya