Dua lelaki maut kemalangan berasingan

Dua lelaki maut kemalangan berasingan

KEADAAN motosikal jenis Modenas Kriss yang terlibat kemalangan dengan motosikal berkuasa tinggi dan kereta di Jalan Lencong Barat, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai tanpa lampu belakang kenderaan itu maut dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Lencong Barat, di sini kira-kira pukul malam tadi.

Lebih malang, mangsa yang berusia 49 tahun itu turut dilanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi yang mengekorinya di belakang kerana tidak sempat mengelak ketika tiba di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan membabitkan dua buah motosikal jenis Modenas Kriss dan BMW S1000 serta sebuah kereta jenis Volkswagen Golf di kawasan yang tiada lampu jalan.

“Mangsa yang tinggal di Kampung Penghulu Him, di sini dari arah Semeling ke Sungai Jagung. Tiba di lokasi kejadian sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari arah sama melanggar mangsa menyebabkannya terjatuh ke kiri laluan.

“Mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah motosikal berkuasa tinggi yang tidak sempat mengelak. Akibat pelanggaran itu, kesemua kenderaan terbabit mengalami kerosakan dan mangsa yang parah di kepala meninggal dunia dua jam kemudian di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Penunggang motosikal BMW S1000 turut dirawat di hospital sama akibat patah bahu kanan dan cedera di muka dan kedua-dua belah tangannya, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kes berasingan, seorang buruh binaan maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan bertembung kenderaan lain di Kilometer 47, Jalan Alor Setar-Butterworth pada pukul 1.27 pagi tadi.

Mangsa berumur 30 tahun dan berasal dari Kampung Sungai Putar, Bedong disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut Zaidy, mangsa memandu kereta jenis Proton Saganya berseorangan dari arah Bedong ke Gurun dan siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Dalam masa sama sebuah kereta jenis BMW dipandu seorang jurutera perkapalan berumur 37 tahun dari arah bertentangan tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku pertembungan. Impak pelanggaran menyebabkan mansa tersepit di dalam kenderaannya.

“Pemandu BMW turut mengalami kecederaan pada muka dan matanya sebelum dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk dirawat,” katanya yang memaklumkan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya