Dua lelaki baling mercun dari kondominium diserbu polis

Dua lelaki baling mercun dari kondominium diserbu polis

TANGKAP layar rakaman video tindakan lelaki melontar mercun dari sebuah kondominium di Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Tindakan dua lelaki melontar mercun jenis bola dari sebuah kondominium di sini, akhirnya membawa padah apabila rumah mereka diserbu polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menyerbu rumah individu berkenaan selepas menerima maklumat orang awam dan berdasarkan rakaman video.

Beliau berkata, kejadian itu dikesan di sebuah unit kediaman di kondominium The Arc di sini, kira-kira pukul 11.16 malam.

“Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Cyberjaya membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan menasihatkan dua lelaki berkenaan.

“Perbuatan itu dikongsi seorang lelaki yang kemudian memaklumkan kepada anggota URB yang sedang bertugas di sekitar kondominium itu susulan bunyi bising akibat mercun itu,” katanya hari ini.

Katanya, anggota URB kemudian masuk ke dalam kawasan The Arc sebelum pengawal keselamatan membawa anggotanya ke rumah suspek.

Wan Kamarul Azran berkata, sebaik diperiksa, dua lelaki ditemukan di unit kediaman itu masing-masing berusia 20 dan 21 tahun.

Menurutnya, suspek mengaku bermain mercun jenis bola dan membaling ke bawah bangunan.

“Anggota memberi nasihat kepada suspek supaya tidak membuat bising dan mereka kemudian mengakui kesalahan serta berjanji tidak mengulangi perbuatan itu,” katanya.

Katanya, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak bermain mercun atau bunga api sehingga mengganggu ketenteraman awam atau sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

Sebelum ini tular di media sosial memaparkan seorang individu membaling mercun dari unit kondominiumnya sehingga mengundang bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya