Dua lagi mangsa kemalangan dua kereta meninggal dunia - Utusan Malaysia

Dua lagi mangsa kemalangan dua kereta meninggal dunia

KEADAAN dua buah kereta Proton Persona yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 153, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Pusat Latihan Khidmat Negara, Cheneh, Kemaman, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Dua lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam kemalangan mlibatkan dua buah kereta di Kilometer 153, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Pusat Latihan Khidmat Negara, Cheneh, di sini, petang semalam. 

Dua mangsa tersebut ialah  Rosliza Mat Hussin, 38, yang beralamat di Jerteh, Besut, Terengganu dan Alisha Mardhiah Muhammad Ubaidillah Zikri, 2,  dari Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Mereka disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman, di sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kematian terbaharu dua mangsa itu  menjadikan kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi pada petang Syawal ketiga itu seramai enam orang. 

“Rosliza menaiki kereta Proton Persona bersama tiga individu lain yang dipercayai saudaranya yang meninggal di lokasi kejadian manakala Alisha Mardhiah pula merupakan penumpang sebuah lagi kereta Proton Persona kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi. 

Hanyan berkata, empat mangsa lain yang meninggal dunia di lokasi kejadian ialah Nor Nadia Natasha Abu bakar, 23, Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan, dua tahun, Tuan Yah Dollah, 61, dan Abd Halim Ismail, 71. 

Menurutnya, kejadian yang berlaku pada 4.45 petang itu dipercayai berlaku apabila Proton Persona yang dipandu Shah Rezzal Zanzalani, 27, bersama tujuh penumpang lain dari arah Bukit Besi menghala ke Cheneh tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan. 

“Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, sebuah lagi Proton Persona yang dipandu Muhammad Ubaidillah Zikri Bin Adnan, 26, bersama empat penumpang lain termasuk anak perempuannya, Alisha Mardhiah yang turut maut, gagal mengelak dan bertembung dengan kenderaan tersebut.

“Pelanggaran itu turut menyebabkan empat individu lain cedera parah manakala tiga lagi individu termasuk kedua-kedua pemandu kenderaan itu cedera ringan,” katanya. 

Hanyan berkata, mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Kemaman manakala mayat mangsa yang maut dibawa ke unit forensik hospital sama untuk tindakan lanjut. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya