Dua dekad 'berehat', Les Sekinchan lancar Lagu Raya - Utusan Malaysia

Dua dekad ‘berehat’, Les Sekinchan lancar Lagu Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dua dekad ‘berehat’ dari dunia seni suara, kumpulan Les Sekinchan yang popular dengan lagu Gila Gila Pengantin kembali memeriahkan industri muzik dengan single baharu, Lagu Raya.

Kongsi vokalisnya, Opie Zami, lagu baharu itu adalah permulaan langkah mereka untuk kembali aktif tahun ini dengan pelancaran album baharu Jun nanti.

“Kami amat terharu dengan sokongan diberikan peminat. Ramai yang hadir memeriahkan pelancaran single Lagu Raya kami baru-baru ini.

“Sebelum ini, kami banyak mereima pertanyaan peminat Les Sekinchan yang merindui kemunculan kami. Inilah peluang terbaik untuk mereka bertemu kami.

“Ini sebagai permulaan untuk kami aktif semula dalam dunia nyanyian. Kami juga akan melancarkan album baru dalam bulan Jun nanti,” katanya.

Opie berkata demikian ketika ditemui semasa pelancaran Mega Bazar Ramadan Raya Jiwa Merah Biru anjuran Yayasan JDT baru-baru ini,

Masih kekal dengan anggota sama, Kombat (gitar), Olley (bass) dan Aji (dram), Les Sekinchan juga popular dengan lagu Kawen Lari yang merupakan runut bunyi filem pecah panggung, Gila Gila Pengantin Remaja.

Sementara itu, jurucakap Mega Bazar Ramadan Raya Jiwa Merah Biru, Azrinrizal Abu Baharim berkata, selain kehadiran artis-srtia yang bakal menghiburkan pengunjung, programn itu turut meriah dengan pelbagai aktiviti.

“Program ini menyediakan pelbagai aktiviti antaranya program kebajikan, bank makanan, jualan amal dan buffet Ramadan.

“Ramai artis akan memeriahkan program ini antaranya Asfan, Datuk Nash, Ali Xpdc dan Ijam Medicine.

“Program ini juga menyediakan jualan makanan, barangan kering, baju raya, kuih raya dan barangan kelengkapan raya dengan harga berpatutan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya