Dr. Muhammad Radzi dilantik Ketua Pengarah Kesihatan

Dr. Muhammad Radzi dilantik Ketua Pengarah Kesihatan

Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang bersara pada Jumaat lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pelantikan Dr. Muhammad Radzi berkuat kuasa pada 21 April lalu.

Katanya, pelantikan Dr. Muhammad Radzi berdasarkan kelayakan dan pengalaman luasnya dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) di Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan baharu.

“Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah. 

“Dr. Muhammad Radzi pernah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroenterologi dan Hepatologi serta menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran ini dari  2013 sehingga 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Zaliha, beliau yakin dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibiliti Dr. Muhammad Radzi mampu memberi khidmat yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersamanya dalam memastikan matlamat serta agenda reformasi kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh.

“Ia selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang sedang dibangunkan agar masyarakat Malaysia Madani dapat terus menikmati perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, berkualiti serta mapan,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Dr. Noor Hisham yang terkenal dengan jolokan ‘jeneral perang’ negara kerana mengetuai jentera kesihatan dalam membendung wabak COVID-19,  bersara wajib.

Persaraan tersebut selepas berkhidmat selama 35 tahun di sektor kesihatan serta memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan selama 10 tahun sejak  2013. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya