Dividen Simpan SSPN 2022 diumum 3.05 peratus

Dividen Simpan SSPN 2022 diumum 3.05 peratus

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua dari kanan) menunjukkan jumlah dividen simpan SSPN bagi Tahun 2022 pada Majlis Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2022 dan Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya, hari ini. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2022 sebanyak 3.05 peratus membabitkan anggaran peruntukan RM266.17 juta.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, agihan itu memberi manfaat kepada 5.73 juta pemegang akaun Simpan SSPN.

Beliau berkata, kadar itu lebih tinggi berbanding tiga peratus tahun sebelumnya, malah kadar dividen yang kompetitif berbanding simpanan semasa dan simpanan tetap disesetengah bank.

“PTPTN turut mengumumkan ganjaran kesetiaan sebanyak satu peratus kepada pendeposit Simpan SSPN Prime sebagai tanda penghargaan.

“Ganjaran kesetiaan itu diberikan kepada kepada para pendeposit yang setia menyimpan dalam Simpan SSPN Prime selama ini.

“Ganjaran kesetiaan ini akan dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan minimum RM500 dalam tempoh promosi iaitu bermula 5 April hingga 31 Julai depan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, insentif itu juga layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2019.

Mohamed Khaled berkata, setakat ini, jumlah deposit dalam Simpan SSPN bernilai RM14.24 bilion sejak instrumen simpanan itu dibuka pada tahun 2004.

Menurutnya, deposit Simpan SSPN yang diterima itu adalah berjumlah RM3.36 bilion iaitu 119.93 peratus lebih tinggi berbanding sasaran awal sebanyak RM2.8 bilion.

“Dari segi pembukaan akaun baharu, sebanyak 491,984 akaun telah dibuka pada tahun 2022 berbanding sasaran sebanyak 400,000 akaun,” katanya.

Katanya, setakat ini, agihan dividen secara keseluruhannya adalah bernilai RM1.33 bilion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada tahun 2004.

Selain itu, PTPTN turut mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM500,000 untuk 138 pemenang. Tempoh promosi bermula 1 Januari 2023 dan akan berakhir pada 31 Disember 2023.

Sempena musim perayaan ini, pendeposit berpeluang menyertai Kempen Cabutan WOW! Syoknya Raya yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM50,000 untuk 23 pemenang.

Tempoh promosi bermula pada 1 Mac lepas hingga 31 Mei ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya