Dituduh kebaratan, Kasih Iris Leona enggan peduli komen jahat netizen - Utusan Malaysia

Dituduh kebaratan, Kasih Iris Leona enggan peduli komen jahat netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona tidak terkesan meskipun sering dihujani kecaman gara-gara gaya hidup dan cara pemaikaiannya yang kebaratan.

Kata anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini, komen-komen negatif di media sosial tidak perlu dilayan kerana tindakan itu hanya akan membawa kepada kemudaratan.

“Netizen berhak berkata apa yang mereka mahukan. Saya tidak kisah, sebab saya tidak kenal mereka.

“Komen negatif netizen tidak relevan untuk saya. Sebab itu saya tidak membaca, apatah lagi membalas di media sosial. Hidup jadi lebih tenang.

“Berdiam lebih baik, jangan sesekali memberi respons kerana ia hanya membuka lebih banyak ruang kepada netizen untuk mengecam,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, kata Leona, bapanya sering menasihatkan agar tidak mengambil pusing terhadap komen jahat netizen dan mengingatkan perkara itu sebagai lumrah hidup orang terkenal.

“Bukan baru semalam saya dikecam. Lepas tamat persekolahan lagi saya sudah hadap perkara ini hanya disebabkan saya anak seorang aktor terkenal.

“Saya kurang pasti kenapa saya dikecam. Dulu, apabila tersepit antara kontroversi, saya tampil menyerang balas komen di media sosial.

“Sehinggalah bapa saya sendiri yang nasihatkan, terima secara terbuka komen negatif orang kerana ia sebahagian rencah hidup orang terkenal.

“Kita akan disayangi dan pada masa yang sama, dibenci. Kenapa perlu hiraukan haters sekiranya anda lebih bahagia dengan mereka yang menghargai dan menyayangi anda,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya