Dirai dalam majlis berbuka puas

Dirai dalam majlis berbuka puasa

Sebahagian ahli keluarga Haji Ehwan dan anak anak yatim Islam Ledang, Daerah Tangkak merakamkan gambar kenangan selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Tangkak baru baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 37 orang anak anak yatim daripada Pertubuhan kebajikan anak anak Yatim Islam Ledang, Daerah Tangkak diraikan di dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Ahli Keluarga Haji Ehwan Parjan@hj Mahfoz baru baru ini.

Program dimulakan dengan ucapan pengurus program, Zulkarnaen Ehwan dikuti dengan bacaan tahlil dan doa selamat seterusnya berbuka puasa, solat maghrib dan solat Isyak serta solat tarawih.

Majlis seterusnya, menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak anak dan petugas rumah anak anak Yatim Ledang, Daerah Tangkak. Majlis berbuka puasa ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh ahli keluarga

Haji Ehwan dengan tujuan menceriakan sambutan Hari Raya idulfitri disamping berkongsi rezeki dengan penghuni rumah Pertubuhan Kebajikan anak anak yatim Islam Ledang tersebut.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya