Diabetes: Ubah rawatan kepada Dialisis Peritoneal - Utusan Malaysia

Diabetes: Ubah rawatan kepada Dialisis Peritoneal

PESAKIT yang sedang menjalani rawatan dialisis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mengubah pendekatan rawatan daripada hemodialisis kepada Dialisis Peritoneal (PD).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Eksekutif Galen Centre for Health and Social Po­licy, Azrul Mohd. Khalib berkata, ini memandangkan kerajaan tidak akan dapat menampung keperluan fasiliti rawatan hemodialisis ketika semakin ramai rakyat menghidap diabetes.

Katanya, pendekatan Dialisis Peritoneal diyakini dapat menampung keperluan rawatan pesakit yang selama ini bergantung dengan hemodialisis yang menelan kos terlalu tinggi.

“Rawatan dialisis adalah mahal, tiada yang percuma. Sama ada di sektor kerajaan atau swasta, rawatan tersebut menelan belanja yang tinggi. Walaupun dana awam memberi subsidi lebih 90 peratus kepada rawatan di hospital atau fasiliti kerajaan, kos tersebut sama sahaja.

“Jika kerajaan atau swasta dan NGO, kos ini terpaksa dibiayai dan ditanggung juga. Maka, dana akan sentiasa tidak cukup.

“Peningkatan bilangan pesakit yang bergantung kepada hemodialisis daripada Dialisis Peritoneal, akan menyebabkan kegawatan yang serius dalam kalangan NGO dan badan se­perti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya ketika dihubungi semalam.

Dialisis Peritoneal adalah rawatan kegagalan buah pinggang dengan tiub kekal yang sudah disteril akan diselit ke rongga perut (peritoneal) pesakit dan cecair larutan dialisis disalur ke dalam abdomen.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, jumlah mesin dialisis di negara ini tidak mencukupi bagi menampung keperluan pesakit kronik buah pinggang yang jumlahnya semakin bertambah pada setiap tahun.

Kekurangan fasiliti berkenaan terutamanya milik kerajaan dikhuatiri menyebabkan proses rawatan pesakit terutamanya mereka yang menghidap penyakit kencing manis atau diabetes tidak mencapai tahap optimum.

Pada 4 Mac lalu, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, seramai 14,426 pesakit buah pinggang menjalani perkhidmatan dialisis di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu.

Seramai 8,574 pesakit mendapatkan rawatan secara hemodialisis manakala 5,852 adalah menerusi dialisis peritoneal, menyaksikan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan Dialisis Peritoneal lebih kurang berbanding hemodialisis.

Pada 22 Mac tahun lalu pula, berdasarkan data Malaysian Dialysis and Transplantation Registry menunjukkan, dilaporkan terdapat 49,111 pesakit yang menjalani dialisis dengan kebanyakan adalah secara hemodialisis, manakala selebihnya Dialisis Peritoneal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya