DBKL jadi model proses kebenaran merancang lebih pantas

DBKL jadi model proses kebenaran merancang lebih pantas

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi akan menjadikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai model untuk proses kebenaran merancang lebih cekap dan pantas.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu boleh dijadikan contoh rujukan dalam memastikan urusan berkenaan tidak begitu lama hampir setahun.

“DBKL setakat ini berjaya selesai proses itu paling cepat 58 hari dan sesuai jadi model untuk kerajaan mengurangkan kerenah birokrasi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas mesyuarat Platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) dengan pemain industri tempatan.

Kebenaran merancang adalah keperluan PBT di bawah peruntukan Seksyen 19(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk kelulusan proses pemajuan dapat dimulakan.

Ketika ini terdapat sejumlah 151 buah PBT di seluruh negara meliputi 19 daripadanya berstatus bandar raya, 40 lagi majlis perbandaran dan selebihnya iaitu 92 majlis daerah.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kementeriannya mengambil perhatian serius isu proses kebenaran merancang oleh PBT yang secara purata lebih 140 hari dan ada juga 200 hari.

“Kalau kita dapat mengurangkan kepada paling lama 70 hari itu pun sudah dianggap amat baik kerana kelewatan proses tersebut menjejaskan pihak industri beroperasi.

Justeru ujarnya, pihak kerajaan menjangkakan dapat memuktamadkan polisi mengenai tempoh piagam kebenaran merancang untuk diseragamkan PBT menjelang akhir tahun.

Bahkan, beliau sendiri akan menjelajah ke semua negeri bagi bertemu Menteri Besar dan Ketua Menteri selain Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyelaraskan proses tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya