Darlene buka cawangan baharu kedai air buah - Utusan Malaysia

Darlene buka cawangan baharu kedai air buah

DARLENE menyiapkan air buah yang dipesan pelanggan di kedainya di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebuah kedai air buah di Kampung Saujana, Setiu yang pernah tular kerana pelayannya didakwa berpakaian­ seksi dan sering bergambar bersama pelanggan, membuka cawa­ngan baharu di Jalan Pasir Panjang di sini.

Ia dibuka sejak awal Ramadan lalu.

Pembukaan cawangan baharu itu tular di media sosial baru-baru ini yang memaklumkan pemilik­nya yang juga pelayan dikenali sebagai Darlene turut berada di kedai tersebut.

“Buka puasa dengan air buah D’Flora dulu, sekali hari ini. Nak pergi beli di Setiu jauh sangat. Mujur ada buka cawangan baharu sini.

“Tauke dia pun ada juga. Ja­ngan ditanya di mana, nanti orang laki ramai pergi beli (sini),” tulis pengendali akaun kumpulan Facebook Tganung Kita.

Dalam pada itu, Darlene ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, dia membuka cawa­ngan baharu kedai air buah D’Flora di Pasir Panjang dekat sini sejak awal Ramadan lalu.

Menurutnya, cawangan tersebut dibuka selepas restoran di Kampung Saujana ditutup sementara sepanjang Ramadan ini.

“Bagaimanapun, kedai air buah di Kampung Saujana itu akan dibuka semula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Cawangan baharu ini dibuka pada bulan Ramadan bermula petang hingga awal pagi,” katanya di sini semalam.

Tinjauan akhbar ini pula mendapati, kedai tersebut dipenuhi pelanggan terutamanya selepas solat sunat tarawih.

Utusan Malaysia pada 6 Julai tahun lalu melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) melakukan serbuan di sebuah kedai makan di Kampung Saujana selepas tular video dua pelanggan memeluk bahu dan pinggang seorang wanita.

Difahamkan anggota penguat kuasa JHEAT melakukan serbuan itu bagi menjalankan siasatan berhubung video yang tular ber­kenaan.

Selepas kejadian itu, Darlene hanya melakukan kerja-kerja di dapur dan tidak lagi menjadi pelayan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN