Daniella Sya tidak kekok bawa watak mualaf - Utusan Malaysia

Daniella Sya tidak kekok bawa watak mualaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Maklum balas ahli keluarga dan rakan terdekat saya sebaik sahaja mengetahui yang saya akan melakonkan watak sebagai seorang mualaf sangat positif. Mereka tak halang bahkan memberi kata semangat.

Itu luahan pelakon baharu, Daniella Sya yang menjayakan watak seorang wanita muslim dalam drama bersiri baharu. Hijrah Jannah.

Dalam drama tersebut, Daniella memegang watak seorang gadis Cina bernama Janet sebelum menukar namanya kepada Jannah setelah memeluk Islam.

“Saya terima untuk melakonkan watak Jannah ini kerana ini adalah realiti yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

“Selain itu, jalan cerita drama ini juga sangat menarik melihatkan ia menyentuh aspek hubungan poligami dari sudut pandang yang berbeza daripada apa yang kita sering dengarkan sebelum ini,” katanya.

Hijrah Jannah mengisahkan seorang wanita bukan Muslim, Janet yang membina mahligai dengan Syawal, seorang jejaka Muslim namun hubungan mereka itu ditentang oleh kedua-kedua ahli keluarga.

Tidak ingin mengalah, lalu Janet berusaha keras untuk membuktikan bahawa dia mampu menjadi seorang mualaf dan isteri yang baik. Usaha kerasnya itu masih tidak berhasil apabila dia terus menerus ditentang ibu Syawal.

Dalam pada itu, kongsi Daniella, dia juga berdepan cabaran untuk memastikan emosi dan penjiwaannya dapat dirasai penonton.

Walaupun ini bukan kali pertama dia menjayakan watak seorang mualaf, Daniella berpendapat setiap watak memberi pengalaman berbeza terutama dari segi karakter dan emosi.

“Bukan senang untuk saya melakonkan watak Jannah ini kerana saya perlu arif menjiwai pelbagai jenis emosi berdasarkan keadaan-keadaan tertentu.

“Watak Jannah ini penuh emosi dan air mata. Dia pelu berdepan kejahatan dan kekejaman ibu mentuanya sendiri,” tambahnya yang kali pertama melakonkan watak mualaf pada 2019 dalam drama Aurora Aisyah.

“Malah, ketika minggu pertama shooting drama ini, saya telah kehilangan suara akibat sakit tekak dan juga batuk. Sampai hari kesebelas pun, suara saya masih agak serak,”kongsi anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini.

CUBA PUASA
Mengakui mahu mencuba berpuasa di bulan Ramadan, Daniella bagaimanapun sedar keadaan kesihatannya sedikit menghalang dia bersama-sama rakan pelakon beragama Islam lain berpuasa.

“Saya memang ada terfikir nak cuba berpuasa seperti umat Islam lainnya dalam bulan Ramadan, tetapi dengan keadaan kesihatan saya yang sedang pulih dari sakit serta jadual penggambaran yang padat, maka saya tidak berani untuk mencubanya.

“Kerana pada pandangan saya, seseorang individu itu memerlukan fokus dan disiplin selain kekuatan mental dan fizikal yang tinggi untuk berpuasa,” tambahnya.

Daniella sebelum ini pernah membintangi filem pecah panggung, KL Gangster: Underworld dan Abang Long Fadil 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya