'Dakwah itu pelbagai cara' - Sharul Kamal - Utusan Malaysia

‘Dakwah itu pelbagai cara’ – Sharul Kamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Sharul Kamal, 26, berkata, tidak timbul sekelumit kekecewaan menjadi seorang pelakon dan penyanyi walaupun pernah menuntut di sekolah tahfiz semasa zaman remaja.

Katanya, tanggungjawab dakwah itu luas dan terletak pada semua golongan masyarakat tanpa mengira pangkat, umur dan profesion.

“Dakwah ini macam-macam cara dan semua orang ada tugas berdakwah baik doktor, profesor hatta tukang cuci tandas sekalipun.

“Apa yang penting kita berdoa sentiasa berada dalam landasan sama sebab semua orang ingin mencari reda dari Yang Maha Esa,” katanya.

Sharul yang kerap keluar menyertai jemaah tabligh bersama rakan selebriti lain berkata, program seumpama itu mengubat kerinduan dirinya terhadap suasana yang pernah dirasai semasa belajar di sekolah pondok dahulu.

“Saya pergi majlis-majlis seperti ini sebab nak tambah ilmu, ingatkan balik apa yang kita pernah lupa dan paling mahal program seperti ini menyemai kasih sayang terhadap sesama manusia,” katanya.

Sharul atau nama lengkapnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman tidak menafikan usaha golongan selebriti yang mahu mendekatkan diri dengan Tuhan sebenarnya lagi besar ujian yang akan dilalui.

“Lagi dekat kita dengan tuhan, lagi besar ujiannya. Kalau diuji dengan masalah rumah tangga, kita hanya mampu meminta pertolongan Allah.

“Selagi belum diuji, kita pun tak boleh nak cakap banyak. Saya pun baru setahun lebih berkahwin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya