Cuaca panas punca tumbesaran ayam terjejas

Cuaca panas punca tumbesaran ayam terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menasihatkan penternak ayam di seluruh negara agar berwaspada susulan Malaysia bakal mengalami cuaca panas terik.

Menerusi hantaran dalam laman sosialnya, kesan cuaca panas akan mengakibatkan ayam diternak dalam reban terbuka menjadi kurang selera makan yang sekali gus menjejaskan tumbesaran unggas itu.

Situasi tersebut ujarnya, bakal mengancam saiz ayam itu ketika umurnya matang, tidak mencapai berat badan dikehendaki dan senario terburuk dengan kes kematian melonjak.

Justeru DVS menyarankan penternak reban terbuka agar memantau lebih rapi namun tidak banyak intervensi boleh dibuat kecuali mereka bertukar kepada sistem reban tertutup.

Walau bagaimanapun jelasnya, sebagai alternatif, penternak perlu memantau sumber air minuman dan memastikan bekalan sentiasa cukup bagi semua ayam diternak berkenaan.

Sementara penternak reban tertutup pula, DVS menyeru mereka untuk memerhatikan rapi tingkah laku ayam kerana dibimbangi unggas tersebut mengalami isu kesejukan ketara.

“Jika ayam menunjukkan ciri-ciri seperti suka berkumpul dan berkerumun di bawah alat pemanas, maka suhu perlu ditambah untuk membuatkan keadaan reban menjadi nyaman,” katanya.

Terdapat hampir 300 ladang ternakan ayam di seluruh Malaysia ketika ini dengan lebih 65 juta ekor merupakan jenis ayam penelur manakala hampir 189 juta lagi ayam pedaging.

DVS turut memberi jaminan bekalan telur ayam sempena perayaan Aidilfitri adalah cukup memenuhi keperluan pasaran berdasarkan unjuran penggunaan 942 juta biji sebulan.

Status bekalan juga sentiasa diteliti secara berterusan dari semasa ke semasa selain program intervensi yang dibantu oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

TAMAT

Kapsyen: CUACA panas akibat peralihan monsun di seluruh negara bakal memberi kesan kepada ternakan ayam dalam reban. – Foto ihsan DVS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya