Co-opbank Pertama agih dana wakalah zakat RM512,000

Co-opbank Pertama agih dana wakalah zakat RM512,000

CBP mengagihkan sumbangan wakalah zakat Fasa 1 berjumlah RM500,000 melibatkan Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Pahang, Selangor dan Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah lebih RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang menyasarkan golongan asnaf berkelayakan.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, Program CBP Mahabbah itu mensasarkan golongan anak yatim dan ibu tunggal dalam kalangan fakir dan miskin selain institusi masjid dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bawah kategori asnaf Fisabilillah.

Katanya, bagi fasa 1, agihan zakat itu merangkumi Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Pahang.

“Agihan zakat ini merupakan salah satu program di mana ia disampaikan sendiri oleh Anggota Lembaga CBP menerusi majlis serahan zakat diadakan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti dengan mendapat kerjasama daripada pusat zakat negeri dan juga agensi berkaitan.

“Program agihan yang dijalankan membuktikan kesungguhan CBP dalam memartabatkan masjid sebagai pusat dakwah dan kemasyarakatan, selain menzahirkan keprihatinan CBP terhadap golongan ibu tunggal, anak yatim serta pelajar IPT,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, usaha itu merupakan tanggungjawab CBP untuk membantu golongan memerlukan dan secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka dengan bantuan zakat yang diberikan.

“Tambahan lagi menerusi program ini juga, ia merupakan langkah untuk CBP merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat yang banyak membantu dan menyokong kita selama ini,” katanya.

Selain daripada agihan wakalah zakat, beliau turut berkata, CBP juga terus komited membantu masyarakat menerusi pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan.

Khairil Anuar turut berkata, pihaknya juga turut mensasarkan agihan ini dapat ditingkatkan lagi di tahun-tahun mendatang dan dapat membantu lebih ramai golongan sasar di negeri-negeri lain. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya