'Cerita cerai boleh keluar tanpa sengaja dari diri kita'

‘Cerita cerai boleh keluar tanpa sengaja dari diri kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kisah pergolakan rumah tangga sehingga mengheret ke episod penceraian besar kemungkinan boleh berpunca daripada selebriti itu sendiri sama ada disengajakan atau sebaliknya.

Sebagai golongan yang menjadi tumpuan masyarakat, bekas vokalis Raihan, Nazrey Johani berkata, setiap perkongsian di media sosial perlu diletakkan batas tertentu supaya tidak menjadi mudarat di kemudian hari.

“Siapa suka cerita pasal bercerai? Sedar atau tidak ia akan terkeluar dengan sengaja atau tak sengaja daripada diri kita sebenar.

“Artis pula kisahnya lebih cepat tular sebab dihebohkan peminatnya dan diceritakan netizen. Hari ini jauh berbeza dengan 30 tahun lalu, netizen lebih mudah tahu cerita artis bercerai, mencarut dan bergaduh sebab viral,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Disebabkan itu, Nazrey berkata, golongan selebriti perlu muhasabah diri dan kembali kepada tujuan asal kehidupan.

“Kalau terlalu mempromosikan diri, sedikit kepincangan hidup yang berlaku akan menjadi terang dan popular di mata orang lain.

“Bersederhanalah dan kurangkan perkongsian di media sosial agar tidak banyak cerita tentang kita. Bila terlalu popular, wartawan akan cari sebab perlukan bahan cerita panas dan sensasi sebab itu sudah bidang mereka,” katanya.

Nazrey mengulas lambakan isu rumah tangga dan penceraian yang melanda golongan selebriti. Malah, lebih menyedihkan apabila episod tersebut berlaku ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya