Capal gergasi jadi tarikan

Capal gergasi jadi tarikan

SEORANG kanak-kanak, Suhana Abd. Rahim terpegun melihat capal gergasi yang ditunjukkan oleh Arif Syahmi Mohd. Shahril yang dipamerkan di gerainya di Angsana Johor Bahru Mall. semalam. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengusaha capal, Arif Syahmi Mohd. Shahril, 22, mempunyai cara tersendiri untuk menjual dan melariskan produknya kepada pelanggan.

Bagi menarik perhatian orang ramai, dia meletakkan capal bersaiz besar, berukuran 1.5 meter panjang dan 0.5 lebar di gerainya di Angsana Johor Bahru Mall sempena jualan Aidilfitri kali ini.

Menurut Arif Syahmi, capal bersaiz besar itu diperbuat daripada kulit lembu pada bahagian atas dan kulit kerbau balau pada pemijak kaki atau ‘bena’ oleh bapanya, Mohd. Shahril Abd. Rahman.

Lebih unik, capal gergasi tersebut dibuat menggunakan tangan sepenuhnya dan mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan.

“Capal besar ini dibuat oleh bapa saya sebagai daya tarikan dan juga simbol kedai capal kami.

“Kalau pengunjung yang datang pasti mereka bertanya berapa besar saiz capal,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Setakat ini, gerai yang dibuka sejak Ramadan lalu mendapat sambutan menggalakkan dan berharap menjelang 1 Syawal tidak lama lagi, jualannya semakin bertambah.

Menurutnya, kedai membuat dan menjual capal yang diusahakan oleh bapanya sejak 1997 itu terletak di Jalan Bakri-Muar.

Capal kulit lembu dijual dengan harga RM139 manakala kulit kambing berharga RM199 sepasang.

“Capal yang menggunakan kulit lembu lebih mahal kerana kulit kambing lembut apabila dipakai,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya