Budak lelaki mati lemas ketika berkelah

Budak lelaki mati lemas ketika berkelah

MAYAT Muhammad Yusuf Khairuddin yang lemas ketika mandi di sungai berdekatan Loji Air Sungai Limau di Kupang, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan mati lemas ketika berkelah dan mandi bersama keluarganya di Sungai Ketil berhampiran Loji Air Sungai Limau di Kupang, petang semalam.

Mayat mangsa, Muhammad Yusuf Khairuddin, ditemukan pada pukul 4.50 petang di dasar sungai terbabit pada jarak kira-kira tiga kilometer daripada lokasi dia dipercayai lemas.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling pada pukul 1.41 tengah hari.

“Pusat Gerakan Operasi JBPM negeri kemudian mengarahkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani ke lokasi kejadian. 

“Pusat Kawalan Bomba Sungai Limau diaktifkan pada pukul 2.44 petang sebelum mangsa ditemukan kira-kira dua jam kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama ibu dan empat adik-beradik serta dua lagi saudara berkelah di situ bermula pukul 11 pagi.

“Semasa kejadian, ibu mangsa sedang menyuap makanan kepada tiga anak kecil lain di tepi sungai dengan jarak tempat terakhir mangsa dilihat kira-kira 10 meter sahaja.

“Dia seterusnya nampak mangsa turun ke sungai untuk mandi sebelum menyedari mangsa tiada di sungai lalu mencarinya termasuk di rumah saudara, namun mangsa gagal ditemui,” katanya.

Kata beliau, kakak mangsa berusia 13 tahun memaklumkan ternampak kanak-kanak terbabit menuju ke arah saluran paip sedut pasir sebelum disedari hilang.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya