Buat apa saya cipta gimik murahan? – Wafariena - Utusan Malaysia

Buat apa saya cipta gimik murahan? – Wafariena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APABILA pelakon, Wafariena berkongsi pengalaman dua kali ditipu penjual kereta, pelbagai reaksi diterima. Ada yang kasihan, tumpang simpati dan berkongsi pengalaman sama ditipu scammer.

Namun tetap ada segelintir warganet yang mempersoal mengapa begitu mudah pelakon itu ditipu. Bukan sekali, tetapi dua kali. Adakah dia memang kurang bijak, sehingga mudah menjadi sasaran scammer?

Atau perkongsian itu hanyalah satu rekaan yang sengaja dicipta untuk meraih perhatian? Adakah Wafariena menggunakan modus operandi beberapa selebriti lain dengan sengaja mencipta gimik murahan?

Jawablah mendapatkan Wafariena!

Berapa kerugian yang perlu ditanggung Wafa selepas dua kali ditipu penjual kereta?
RM5,000 juga saya kerugian. Mungkin bagi orang lain, jumlah itu sedikit. Yalah, di mata masyarakat artis ini kaya raya. Tetapi bagi saya jumlah itu cukup besar.
Hasil titik peluh saya ketika mula-mula bergelar anak seni lesap begitu sahaja. Nak sedih pun tak guna sebab ditipu oleh orang yang tidak berhati perut.

Dalam ramai yang sedih dan kasihan dengan Wafa, ada juga segelintirnya mengecam dan menganggap Wafa kurang bijak dalam urusan pembelian kereta? Benda mudah sahaja, kenapa sampai dua kali kena tipu.
Tak kena, tak rasa sakitnya ditipu. Bila orang nak scam, kita tak tahu. Mereka cukup meyakinkan, siap ada nama syarikat berdaftar. Urusan perbankan pun guna akaun syarikat.
Mungkin saya ada silap, tetapi untuk cakap saya kurang bijak itu tidak patut. Kalau baca komen peminat di Instagram, ramai juga yang mengadu pernah ditipu penjual kereta.

Bila orang kecam dan anggap Wafa kurang bijak, sedih tak? Mungkin terkilan kerana ada pihak yang tidak faham situasi sebenar?
Bagi Saya kan, orang boleh cakap apa sahaja. Mereka tidak faham situasi dan keadaan itu. Manusia ini ada sahaja yang tidak berpuas hati. Mereka dengki melihat kejayaan orang lain.
Saya pun sudah lali dengan kecaman. Masa awal-awal dalam industri pun, berbakul saya dikritik. Tetapi tak apa, itu semua tidak akan pernah mematahkan semangat saya pun.
Kadang-kadang saya gelak sahaja bila ada yang kecam bukan-bukan. Macam mereka kenal saya dari kecil pula.

Ada juga yang anggap ini adalah salah satu gimik murahan yang sengaja dicipta? Publisiti untuk panaskan nama? Betul?
Saya pun tak faham dengan segelintir warganet. Kadang-kadang niat kita cuma sekadar berkongsi kegembiraan, tetapi lain pula yang mereka tafsirkan. Salahkah saya cerita pengalaman?
Saya berusaha bertahun-tahun untuk beli kereta. Bila dapat kereta baharu atas nama sendiri, mestilah saya bangga. Jadi saya berkongsi sebagai satu inspirasi.
Buat apa saya nak cipta gimik murahan? Tak perlu pun.

Boleh kongsikan perkembangan karier sekarang? Ramai artis yang pilih untuk berehat sepanjang bulan Ramadan, Wafa pula bagaimana?
Bagi saya, selagi Tuhan beri rezeki, kita jangan tolak. Saya tiada istilah berehat pun. Ramadan atau tidak, sama sahaja penatnya. Saya tidak ada masalah untuk bekerja di bulan puasa.
Saya sudah mula masuk set peng­gambaran baharu, Janji Di Bawah Pokok Ceri semalam. Minggu lepas juga, saya baru habis penggambaran sebuah telemovie. Alhamdulillah, kerjaya seni berjalan lancar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya