Brek lori gagal berfungsi dipercayai punca kemalangan

Brek lori gagal berfungsi dipercayai punca kemalangan babitkan lapan kenderaan

SEBAHAGIAN daripada lapan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Rawang Mutiara, Rawang semalam akibat brek lori gagal berfungsi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegagalan brek dipercayai punca kemalangan lori dengan lapan kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Rawang Mutiara, di sini, semalam.

Pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 3.40 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika lampu isyarat merah dan semua kenderaan berhenti di lorong kanan.

Katanya, lori terbabit yang berada paling hadapan tiba-tiba mengundur menyebabkannya melanggar beberapa kenderaan di belakang. 

“Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada brek lori berkenaan gagal berfungsi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan usaha mengesan kenderaan yang terbabit masih dijalankan untuk siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya