Bot nelayan Indonesia ditahan menangkap ikan di Langkawi

Bot nelayan Indonesia ditahan tangkap ikan di Langkawi tanpa kebenaran

Sebuah bot nelayan Indonesia yang didapati menceroboh dan menangkap ikan di perairan Pulau Segantang, Langkawi, pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot nelayan Indonesia yang didapati menceroboh perairan negara di sini, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, kedua-dua bot tersebut ditahan di kedudukan lebih kurang 6 batu nautika barat daya Pulau Segantang, di sini, pada pukul 10 pagi semalam.

“Dua bot terbabit ditahan ketika melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan tersebut masing-masing dikendalikan oleh enam kru termasuk tekong berumur lingkungan 16 hingga 40 tahun.

“Kesemua 12 nelayan Indonesia ini ditahan kerana didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan bot tidak mempunyai permit menangkap ikan daripada Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, kawasan tersebut juga merupakan kawasan larangan menangkap ikan kerana telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara.

Ujarnya, bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut kira-kira 200 kilogram (kg) ikan campur dan bekalan diesel 230 liter turut dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Seksyen 16 (3) akta yang sama kerana gagal memberitahu pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel, semasa memasuki perairan perikanan Malaysia.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua kesalahan itu boleh dihukum denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600 ribu ke atas setiap kru mengikut Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985 dan bot dan peralatan menangkap ikan boleh dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Kesemua kru juga akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya