SERAMAI 200 orang menyertai tadarus dan khatam al-Quran Perdana sempena sambutan hari Nuzul Quran di Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Kelantan, kelmarin.
Selain penduduk setempat, program tersebut disertai imam-imam mukim di kawasan Rantau Panjang termasuk pelajar tahfiz.
Penganjuran kali pertama itu antara usaha menyuburkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan masyarakat seterusnya dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan menerusi pembacaan kitab suci itu. – UTUSAN