Berakhir dengan baik atau tidak, doakan yang terbaik - Syamsul

Berakhir dengan baik atau tidak, doakan yang terbaik – Syamsul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isnin ini, Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan untuk pendengaran hasil laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan cerai oleh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin terhadap suaminya, pengarah filem Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, terdapat ura-ura bahawa `sesuatu akan berlaku’ pada prosiding tersebut. 

Hari ini, ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini, Syamsul memberitahu beliau hanya memohon doa daripada orang ramai.

“Saya tak nak cakap banyak, saya tak ada apa nak cakap. Hanya doakan yang baik-baik sahaja antara saya dan Puteri Sarah. Sama ada berakhir dengan baik atau tidak..apapun doakan yang terbaik.

“Kadangkala apa yang kita rasa terbaik untuk kita (sebenarnya) tak baik untuk kita. Kita cuma boleh bersangka baik. Yang di luar sana, netizen doakanlah yang terbaik bukan sahaja untuk saya tetapi untuk rakan-rakan artis yang lain.

“Ini bukan perkara main-main, ini pasal kehidupan peribadi yang tidak nampak mudah atau seindah yang disangka, jadi doakan kami semua,”katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai laporan JKP yang akan dibentangkan di mahkamah Isnin ini, Syamsul menyatakan dia reda dengan sebarang rumusan yang dibuat oleh jawatankuasa itu.

“InsyaAllah saya cuba, reda apa saja. Mudah-mudahan begitu juga dengan pihak isteri saya Puteri Sarah. Saya pun tak nak keluarkan apa-apa kenyataan yang boleh lukakan Sarah lagi. Kadang bila saya bercakap saya tidak sedar saya dah lukakan (hati) Sarah,”ujar Syamsul.

Selain itu, Syamsul memaklumkan beliau tidak lagi akan membuat sebarang kenyataan berhubung keluarganya.

Tambahnya, apa yang berlaku biarlah hanya dirinya dan keluarga sahaja yang mengetahui tanpa perlu dicanangkan kepada pihak ketiga.

Menjawab pertanyaan mengenai anak-anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5, Syamsul memberitahu beliau ada bertemu dengan anak-anaknya cuma tidak ditonjolkan dalam media sosial.

“Saya ada berjumpa anak, Sarah pun beri kerjasama yang baik walaupun dia failkan hadanah tentang hak penjagaan anak.

“Walaupun selama ini kami ada masalah, kami akan kekal profesional tentang hak penjagaan anak,” ujar Syamsul.

Pada 16 Januari lalu, Sarah memfailkan permohonan cerai secara baik atas alasan antaranya telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri namun ia tidak dipersetujui oleh Syamsul.

Sehubungan itu, pasangan itu kemudian diarahkan untuk melalui proses JKP yang mana Sarah diwakili adiknya manakala Syamsul diwakili sepupunya.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya