KUALA LUMPUR: Dikecam kerana berpenampilan seksi, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memaklumkan dia kini lebih berhati-hati tentang soal berpakaian.
Kata Bella, dia sedar statusnya sebagai isteri, justeru akan lebih teliti apabila berpakaian.
“Ya, sekarang saya lebih berhati-hati.
“Saya sedar, saya adalah isteri orang.
“Jadi, bab berpakaian memang kena hati-hati,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Selain dihimpig isu rumah tangga, Bella juga sebelum ini dikecam kerana cara pemakaiannya yang disifatkan netizen sebagai semakin berani dan seksi.
Dalam pada itu, Bella berharap netizen tidak cepat menghukum, sebaliknya menegur dengan cara berhemah sesuatu kesilapan yang dibuatnya.
“Netizen tak tahu, adakalanya, pakaian saya disediakan stylist. Saya cuma gayakan sahaja.
“Saya harap mereka faham sebab penampilan saya begitu,” ujarnya.