Bekas Menteri Besar Perlis didakwa terima wang hasil aktiviti haram RM1.06 juta - Utusan Malaysia

Bekas Menteri Besar Perlis didakwa terima wang hasil aktiviti haram RM1.06 juta

AZLAN Man hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM1.06 juta. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta, sembilan tahun lalu.

Azlan, 64, meminta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Menurut pertuduhan, bekas Menteri Besar itu didakwa menerima wang di antara RM196,651 dan RM224,404.40 di beberapa buah bank di sini dan di Putrajaya serta di sebuah hotel di antara 2014 dan 2017.

Mahkamah membenarkan Azlan diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes disebut pada 9 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya