Bekalan ikan mencukupi untuk Aidilfitri - Utusan Malaysia

Bekalan ikan mencukupi untuk Aidilfitri

INDEKS harga pengeluar (IHPR) sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 6.0 peratus .-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perikanan mengesahkan bekalan makanan berasaskan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Aidilfitri.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, pengguna tidak perlu risau dengan isu ketiadaan bekalan ikan seperti yang digembar gemburkan sebelum ini.

Menurutnya, sektor perikanan tangkapan masih kekal menyumbang dengan jumlah pengeluaran pendaratan perikanan tangkapan sehingga Mac 2023 adalah sebanyak 295,169 tan metrik.

“Sektor pengeluaran akuakultur bagi tempoh Januari sehingga Mac 2023 telah menyumbang sebanyak 111, 320 tan metrik daripada 24, 352 hektar.

“Ini merangkumi sektor akuakultur air tawar (tilapia, keli, lampam, dan sebagainya), air payau (siakap, kerapu,udang, dan sebagainya) dan rumpai laut,” katanya dalam satu kenyataan. 

Tambahnya, bekalan makanan berasaskan ikan bagi penggunaan ikan per kapita (PCC) adalah sebanyak 43.38kg per orang dengan tahap sara diri mencecah 93 peratus. 

Sehubungan itu, kata beliau, eksploitasi berlebihan akan menyebabkan penurunan sumbangan kepada pengeluaran ikan negara.

Justeru itu, beliau menyarankan agar pengurusan sumber perikanan negara perlu diurus dengan sebaik mungkin supaya kekal menyumbang secara stabil. 

“Bagi memastikan bekalan ikan cukup dan terjamin, pengurusan makanan dilaksanakan melalui pelesenan dan pemuliharaan habitat penting seperti Zon Konservasi 0-1 batu nautika.

“Usaha-usaha ini menyumbang kepada jaminan sumber perikanan bagi membangunkan industri perikanan dan seterusnya ekonomi nelayan dan pengguna,” jelasnya.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya