Bayar zakat di tempat tinggal, menetap lebih afdal

Bayar zakat di tempat tinggal, menetap lebih afdal

SETIAP negeri di Malaysia menetapkan kadar zakat fitrah yang berbeza mengikut gred beras.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mana lebih afdal sama ada membayar zakat fitrah di tempat bekerja atau tempat tinggal.

Ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berpendapat, zakat fitrah lebih afdal jika dibayar di tempat tinggal masing-masing.

“Saya lebih cenderung kepada tempat kita tinggal. Contohnya, kita kerja di Kuala Lumpur tetapi kita menetap di Seremban. Bagi zakat fitrah, saya cenderung kita bayar di Seremban kerana itu tempat kita menetap.

“Waktu afdal (lebih baik) bayar zakat serta wajib adalah pada hari akhir Ramadan selepas terbenamnya matahari. Biasanya, kita sudah bercuti ketika itu. Itulah yang paling afdal,” jelasnya.

Namun, jika ada yang berniat untuk membayar zakat fitrah di kampung halaman, Zulkifli menjelaskan, adalah lebih baik ia dibayar di tempat kita tinggal atau bermukim.

“Niat untuk bayar zakat fitrah di kampung tempat tinggal adalah baik, akan tetapi, lebih baik dibayar di tempat kita tinggal atau bermukim.

“Kita hanya pulang beberapa hari sahaja ke kampung kemudian akan kembali ke rumah kediaman menetap. Justeru, bayar di kawasan tempat tinggal adalah lebih afdal dan lebih baik,” katanya.

Katanya, syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu mengeluarkan zakat fitrah antaranya mestilah beragama Islam, mampu mengeluarkan zakat fitrah dan masuknya waktu untuk mengeluarkan zakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya