JAKARTA: Pelakon popular, Nia Ramadhani mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik imej berpakaian seksi dalam Instagram, walaupun baru pulang menunaikan umrah bersama keluarganya, baru-baru ini.
Isteri kepada Ardi Bakrie itu ditegur netizen kerana terlalu seksi ketika mengenakan gaun semasa sambutan ulang tahun kelahirannya, lapor Suara.com.
Menerusi perkongsian dalam media sosial itu, Nia memilih gaun panjang berwarna pink hingga ke bahagian kaki, namun terdapat belahan sehingga ke paha.
Imej tersebut lantas mengundang perhatian warga maya yang mempersoalkan gaya pemakaian yang tidak selari dengan ibadah umrah yang dilaksanakan.
“Sayang sangat baru habis tunai umrah, malaikat yang hendak datang dekat pun lari lihat pakaian kamu,” tulis netizen.
“Paha ‘ayam’ terus terdedah. Tak guna pergi umrah kalau gambar seperti ini terus ditayangkan,” kata pengguna media sosial.
Untuk rekod, Nia bukan sahaja pernah menunaikan umrah, tetapi pasangan itu sudah melaksanakan ibadah haji sejak 2018.