Bapa Saudara Hafidz Roshdi padam semua komen, gambar

Bapa Saudara Hafidz Roshdi padam semua komen, gambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bapa saudara Hafidz Roshdi, Adlan, 50, bertindak membuang semua gambar dan perkongsian status di ruangan Instagram miliknya selepas memberikan nasihat panjang lebar kepada Nurul Shuhada Mat Shukri.

Semalam, lelaki bernama Adlan itu buat kali pertama diperkenalkan Hafidz menerusi Instagram yang tampil mempertikaikan tindakan Nurul Shuhada meletakkan pautan perniagaan di sebalik pendedahan kesihatan mental anak perempuan pasangan itu, Humairah, 6.

Adlan kurang bersetuju apabila perkongsian berkenaan cucu saudaranya dibabitkan sekali dengan perniagaan wanita itu menerusi teguran secara terbuka.

“Buat makluman semua, tiada ibu bapa yang menyokong anak-anak jika ada melakukan kesalahan atau kesilapan.

“Pihak keluarga Hafidz mempunyai cara mereka sendiri di dalam urusan tersebut dan tidak perlu menjadi urusan rasmi di dalam media sosial.

“Uncle berdiam diri selama ini kerana Uncle sudah berjanji pada diri sendiri, jika cuma kamu mula membabitkan anak-anak Hafidz di dalam melepaskan dendam dan amarah kamu.

“Dunia ini bukan kita satu orang yang punya. Dunia ini juga ada tindak balas. Jika negatif yang kamu mahukan, maka negatiflah yang akan datang bergolek,” tulisnya.

Terdahulu, Nurul Shuhada menceritakan pengalaman dirinya mengesan Humairah mengalami masalah kesihatan mental menerusi hantaran di Instagram Story.

Katanya, perubahan dapat dilihat selepas Humairah menangis berbanding keadaan itu yang jauh beza sebelum ini.

Nurul Shuhada membawa Humairah ke hospital dan kini masih dalam proses mendapatkan rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya