Bahang, cuaca panas tidak berpanjangan - MetMalaysia

Bahang, cuaca panas tidak berpanjangan – MetMalaysia

GAMBAR SEKADAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fenomena bahang dan cuaca panas yang melanda di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka tidak berpanjangan kerana hujan dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang. 

Ia susulan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) kelmarin mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di enam kawasan di Semenanjung.

Bercakap kepada Utusan Malaysia berkata, Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena bahang dan cuaca panas yang melanda disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

“Memang dalam tempoh beberapa hari ini cuaca lebih panas daripada yang biasa, tetapi, keadaan ini tidak akan berlarutan terlalu lama kerana hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari lagi.

“Setakat kelmarin, suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Beliau menyarankan kepada mereka yang bekerja di luar bangunan supaya berhati-hati jika cuaca terlalu panas.

“Risiko akibat suhu yang terlalu tinggi atau gelombang haba adalah seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba yang boleh memburukkan keadaan kesihatan seseorang,” katanya. 

MetMalaysia sebelum ini mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol dengan suhu maksimum harian mencecah 35-37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut. 

Sementara di Sabah dan Sarawak ketika ini, dalam pemantauan.-utusan

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya