SHAH ALAM: Jualan ayam kampung asli sempena sambutan Aidilfitri kali ini dianggap ‘menjadi’ bagi seorang peniaga apabila memperoleh permintaan sehingga 5,000 ekor sepanjang Ramadan. Malah, jualan tersebut dikatakan meningkat secara mendadak berbanding hari biasa iaitu sekitar 1,000 hingga 1,500 ekor sebulan. Menurut salah seorang pengusahanya, Abul Azizi Abu Bakar,45, dari Puchong, ayam kampung asli mempunyai permintaan tinggi walaupun harganya mencecah RM30 sekilogram sementara kacukan pula dijual pada RM14 hingga RM16 sekilogram. Katanya, permintaan tinggi kerana penggemar menyedari keunikan daging dan rasa ayam kampung apabila dibuat rendang atau digoreng sebagai juadah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya