PETALING JAYA: Kegiatan penipuan atau lebih dikenali sebagai scammer semakin menjadi-jadi dengan mereka dikatakan semakin rancak melakukan aktiviti itu kepada umat Islam yang sedang menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kegiatan itu dipercayai membabitkan peniaga perseorangan untuk mengaut keuntungan lebih dengan mudah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, aktiviti penipuan membabitkan tawaran baju hari raya itu dilakukan melalui media sosial dengan iklan yang meyakinkan pengguna. Katanya, kebanyakan aduan yang diterima berhubung kegiatan itu bagaimanapun tidak melibatkan jenama tertentu. “Mereka scam pengguna…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya