Arwah Mael XPDC rajin menegur, tidak sombong - Utusan Malaysia

Arwah Mael XPDC rajin menegur, tidak sombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNIA hiburan tanah air malam Jumaat lalu dikejutkan dengan pemergian legenda rock yang juga vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar selepas mengalami sesak nafas.

Pemergian Allahyarham tentunya dirasai bukan sahaja peminat, malah rakan artis lebih-lebih lagi mereka yang sama-sama berjuang dalam arena muzik rock tanah air.

Hangat Seminggu kali ini berkongsi reaksi rakan industri berkenaan kehilangan permata seni yang cukup disegani ini.

Rockers bertaraf legenda, Datuk Nash menyifatkan arwah sebagai insan istimewa yang memiliki keperibadian baik dan mulia. Kongsi Nash, dia mengagumi sikap Mael yang disenangi kerana rajin menegur rakan artis yang lain.

“Sebagai sahabat, memang saya rasa kehilangan. Kami tidak rapat, tetapi, mengenali arwah, dia rajin menegur dan tidak sombong.

“Arwah adalah permata seni. Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar. Kita hilang seorang legenda yang banyak berjasa,” ujarnya.

Kata Nash, impak yang ditinggalkan Allahyarham Mael dalam dunia seni tempatan amat besar lebih-lebih lagi apabila Mael dianggap antara tunjang kekuatan XPDC yang bermula di pentas funfair satu masa yang lalu.

“Saya kenal arwah kerana kami sama-sama berasal dari Muar. Tetapi peluang berkongsi pentas dengan dia tak banyak kerana genre yang kami bawakan, berlainan.

“Saya akui dia ramai peminat. Tambahan, XPDC adalah satu-satunya kumpulan Rock yang memegang gelaran ‘raja funfair’.  

Dalam pada itu, Nash meminta agar peminat sama-sama mendoakan agar arwah tenang dan ditempatkan dalam kalangan beriman.

“Perginya Mael pada malam Jumaat, di bulan Syawal. Hari yang Allah janjikan kebaikan. Itu bahagian yang arwah dapat.

“Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah dan doakan agar dosanya diampunkan Tuhan, urusannya dipermudah dan rohnya ditempatkan dalam kalangan beriman,” katanya lagi.

“Ini masanya kita mohon doa dan sedekah Al- Fatihah buat arwah,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya