Arwah Mael XPDC memang rockers sejati - Joey BPR - Utusan Malaysia

Arwah Mael XPDC memang rockers sejati – Joey BPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNIA hiburan tanah air malam Jumaat lalu dikejutkan dengan pemergian legenda rock yang juga vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar selepas mengalami sesak nafas.

Pemergian Allahyarham tentunya dirasai bukan sahaja peminat, malah rakan artis lebih-lebih lagi mereka yang sama-sama berjuang dalam arena muzik rock tanah air.

Hangat Seminggu kali ini berkongsi reaksi rakan industri berkenaan kehilangan permata seni yang cukup disegani ini.

Mengimbas tiga dekad persahabatan dengan Allahyarham Mael, Joey BPR menyifatkan legenda rock itu seorang yang santai dan tidak terlalu mengejar populariti sebagai seorang bintang seni.

Kongsi Joey, segelintir peminat tidak memahami jiwa rock Mael yang kurang gemar dengan publisiti sehingga menimbulkan beberapa dakwaan yang kurang manis berkaitan vokalis XPDC itu.

“Mael ini jenis orang yang kalau jumpa ketika persembahan, dia sudi bergambar dan mesra dengan peminat. Tetapi habis sahaja persembahan, dia selalunya terus bergerak meninggalkan lokasi tersebut.

“Dia perlukan privasinya sendiri terutama ketika persembahan.Tetapi dia di luar sempoi orangnya. Pergi lepak minum macam orang awam. Dengan T-shirt dan jeans, dia melepak seperti kami juga.

“Allahyarham memang rockers sejati. Kelebihan dia adalah suara dan peluang yang diraih ketika awal kemunculan bersama XPDC. Takziah buat keluarga Allahyarham,” ujarnya.

Tambah Joey, kali terakhir dia bertemu Allahyarham Mael adalah sekitar empat tahun lalu ketika mengadakan sebuah persembahan bersama di Kuala Lumpur.

“Jangankan peminat, saya sendiri jarang bertemu Mael. Dia duduk di Muar jadi sukar juga untuk kami bertemu kecuali ketika membuat persembahan sama.

“Saya kenal Allahyarham sebelum dia jadi penyanyi lagi. Ketika itu dia dibawa oleh Man Tobey ke studio rakaman. Dari situ, bermulalah kerjaya seni muziknya. Allahyarham bukan jenis tayang populariti atau jual muka ketika berjumpa peminat, dia lebih senang bersendiri,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya