Arrif Presiden baharu Persatuan Ragbi Negeri Perak - Utusan Malaysia

Arrif Presiden baharu Persatuan Ragbi Negeri Perak

ARRIF MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekas pemain, Datuk Arrif Majid dilantik sebagai Presiden Persatuan Ragbi Negeri Perak (PRNP) yang baharu.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Perak memenangi jawatan itu dalam Mesyuarat Agung PRNP baru-baru ini.

PRNP menggantikan Kesatuan Ragbi Perak ( KRP) yang dibatalkan oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Ariff menggantikan bekas Presiden KRP, Syed Saifullah Alsagoff yang tidak mempertahankan jawatannya.

Setiausaha PRNP, Faizal Haramaini berkata, PRNP yang mengadakan mesyuarat jawatankuasa pertama telah memutuskan beberapa perkara penting yang akan dijadikan agenda utama persatuan itu.

“PRNP akan melaksanakan kejohanan dalaman negeri Perak bagi kategori pembangunan, 7 sebelah dan 15 sebelah.

“Kami juga akan memohon secara rasmi untuk menjadi ahli gabungan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Faizal, Persatuan itu juga akan membuat rayuan rasmi bagi menyertai semula Piala Agong 15 sebelah tahun 2024.

Katanya, persatuan itu akan mewujud dan memperkuatkan ahli gabungan di setiap 12 daerah di Perak.

Jelasnya, PRNP akan membuat persiapan awal pasukan lelaki dan wanita negeri untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan.

“Presiden PRNP juga telah menzahirkan iltizam yang kuat bahawa ini masa untuk sukan ragbi bergerak dan kembali bersinar.

“Justeru komuniti ragbi Perak perlu bersatu semula dengan mengetepikan prasangka dan perbezaan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya