KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, malam ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam turut mengiringi Perdana Menteri.
Anwar kemudian menyaksikan majlis penyerahan sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan enam institusi kewangan kepada UniSZA yang berjumlah keseluruhan RM1.7 juta.
Selepas majlis itu, beliau mengambil kesempatan beramah mesra bersama kakitangan dan pelajar UniSZA. – UTUSAN