PUTRAJAYA: Lebih 1,000 komuniti penternak, peladang dan nelayan diraikan pada majlis iftar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini.
Majlis itu dihoskan bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).
Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Terdahulu, Anwar turut meraikan seramai 41 anak yatim terdiri daripada 14 anak yatim masing-masing dari Rumah Bakti Al- Kausar dan Rumah Cahaya Kasih.
Turut diraikan 13 orang anak yatim dari Rancangan Sungai Behrang, Felda Trolak, Rancangan Sungai Tengi, Rancangan Sungai Tengi Selatan dan Rancangan Gedangsa. – UTUSAN