PUTRAJAYA: Hari kelima dan terakhir majlis iftar di Kompleks Seri Perdana bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini meraikan kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.
Hadir sama kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Barisan Nasional (BN), DAP, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Majlis turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari; Setiausaha Agong PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.
Turut kelihatan Naib Presiden MIC, T Mohan; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup. – UTUSAN