Anwar rai mahasiswa, belia, komuniti sukan berbuka puasa

Anwar rai mahasiswa, belia, komuniti sukan berbuka puasa

ANWAR Ibrahim menyantuni mahasiswa, belia dan komuniti sukan pada majlis iftar di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 1,000 mahasiswa, belia dan komuniti sukan diraikan pada majlis iftar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Majlis iftar untuk hari ketiga di Kompleks Seri Perdana hari ini dihoskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Yang turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama beberapa atlet negara termasuk pemanah, Mohd. Juwaidi Mazuki dan atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohd. Puzi serta
Bonnie Bunyau Gustin.

Terdahulu, Anwar turut meraikan 24 orang anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi, Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya