Anwar luang masa kunjungi bazar Ramadan Taman Jati - Utusan Malaysia

Anwar luang masa kunjungi bazar Ramadan Taman Jati

ANWAR Ibrahim bersama pengunjung Bazar Ramadan Taman Jati di Meru, Ipoh hari ini. - UTUSAN//MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 30 minit mengunjungi Bazar Ramadan Taman Jati di Meru di sini hari ini.

Beliau tiba sekitar pukul 5.35 petang sebelum melawat gerai yang ada selain sempat beramah mesra dengan penjual dan pembeli.

Ahli Parlimen Tambun itu juga dilihat membeli beberapa juadah berbuka puasa termasuk lempeng pisang dan roti jala selain peniaga di bazar tersebut memberikannya lemang, ketupat dan rendang tok.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Terdahulu, dalam lawatan kerjanya di Perak hari ini, Anwar menghadiri Program Sumbangan Rahmah yang diadakan di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Bandar Meru Raya.

Anwar dijadualkan menghadiri majlis berbuka puasa dan solat Maghrib di Masjid Ittihadiah, Manjoi di sini bersama masyarakat.

Beliau kemudian meneruskan program solat Isyak dan Terawih seterusnya jamuan moreh bersama penduduk di Masjid Ghufran, Manjoi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya