Anak sulung mangsa bunuh Bukit Besi lupakan cita-cita ke IPT demi lima adik

Anak sulung mangsa bunuh Bukit Besi lupakan cita-cita ke IPT demi lima adik

MOHAMED Daniel Mohd. Radzi (tengah) rela berkorban untuk membantu datuk dan neneknya menjaga empat adiknya yang masih kecil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Buat masa ini saya fikir adalah lebih sesuai jika saya bekerja daripada menyambung pengajian ke peringkat universiti. Bukan tidak bercita-cita, tetapi saya lebih fikirkan datuk dan nenek yang perlu menjaga adik-adik.”

Itu luahan Mohamad Daniel Mohd. Radzi, 18, anak sulung kepada wanita yang dibunuh suami sendiri dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, Terengganu pada 5 April lalu.

Mohamad Daniel berkata, mereka enam beradik akan berpindah ke rumah datuk, Aziz Mustafa, 68 dan nenek, Wan Zaini Wan Abdullah, 60, di Tangga Batu di sini, dalam masa terdekat.

Jelasnya, buat masa ini dia sedang menguruskan urusan perpindahan sekolah dua adiknya dari Terengganu ke Melaka.

“Siapa yang tidak mahu ke menara gading kejar cita-cita. Tetapi setelah berfikir panjang, saya rasa keutamaan saya sekarang adalah membantu datuk dan nenek jaga empat adik yang masih kecil.

“Mereka berusia antara lima hingga 15 tahun. Pastinya datuk dan nenek memerlukan perbe­lanjaan besar untuk menyekolahkan mereka. Sebab itu saya perlu cari kerja untuk sama-sama bantu datuk dan nenek.

“Hanya datuk dan nenek tempat kami bergantung sekarang. Meskipun sedih dengan apa yang berlaku, namun saya bersyukur kerana ada datuk dan nenek,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Tangga Batu Perdana di sini.

Pada 5 April lalu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang wanita maut dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suaminya dalam kejadian di kediamannya di Kampung Besol, kira-kira pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, yang merupakan peniaga kedai runcit meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di bahagian muka.

Sementara itu, Wan Zaini berkata, dia tidak menganggap kehadiran cucu-cucunya itu sebagai beban meskipun hanya meraih pendapatan dengan menjual nasi dagang di Ayer Keroh.

“Insya-Allah saya akan jaga cucu-cucu selagi ada nyawa, selagi diberikan kesihatan yang baik dan setakat ini kami mencari rezeki dengan menjual nasi dagang. Sudah hampir lima tahun saya dan suami berniaga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya