PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir yang membawa hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri.
Amaran itu dikeluarkan setakat pukul 6 petang ini membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut jabatan itu, ribut petir dijangka berlaku di Kedah melibatkan kawasan Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Pulau Pinang pula iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Selain itu Perak, Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Jempol dan Tampin) dan Melaka (Jasin).
Amaran ribut petir membabitkan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) dan Sarawak (Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Song, Kapit dan Belaga, Bintulu, Miri dan Limbang serta Sabah (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tawau). – UTUSAN