Alvin Chong perlu makan ubat, kecewa tak dapat puasa - Utusan Malaysia

Alvin Chong perlu makan ubat, kecewa tak dapat puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sering berpuasa di bulan Ramadan, pelakon dan penyanyi, Alvin Chong kecewa kerana tidak dapat meneruskan amalan tersebut tahun ini.

Kata Alvin, perkara itu disebabkan dia perlu memakan ubat atas faktor tertentu, justeru tidak dapat berpuasa dalam bulan Ramadan kali ini.

“Pada Ramadan di tahun-tahun sebelum ini, saya turut berpuasa. Tetapi tak adalah penuh.

“Cuma tahun ini, saya tak puasa sebab terpaksa makan ubat. Saya tidaklah sakit, cuma kena makan ubat. Sebabnya biarlah saya rahsiakan.

“Saya agak keberatan nak maklumkan saya tak puasa dan sebab yang tidak membolehkan saya melakukannya apabila peminat bertanyakan tentang perkara itu. Benda dah berlaku, tak boleh buat apa,” katanya.

Alvin memaklumkan tentang perkara itu ketika ditemui pemberita di majlis berbuka puasa anjuran Viu, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, pelakon drama She Was Pretty itu berharap dapat berpuasa di bulan Ramadan pada tahun hadapan.

“Saya puasa bukan sebab ikut orang. Ia untuk kesihatan dan ada kajian yang membuktikan puasa baik untuk badan.

“Puasa, antara lain dapat membuang toksik dan membersihkan dalaman badan.

“Ia juga menguji kesabaran dan kawal nafsu makan saya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya