Alat pengesan pergerakan tanah dipasang di kawasan tanah runtuh

Alat pengesan pergerakan tanah dipasang di kawasan tanah runtuh

BEH Eng Lai dalam sidang akhbar berhubung kejadian tanah runtuh di Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di IPD Sentul, Kuala Lumpur.  - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Alat pengesan pergerakan tanah akan dipasang di kawasan tanah runtuh berhampiran bangunan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tunku Syed Sirajuddin di sini, bagi memantau kemungkinan berlaku runtuhan susulan. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, peralatan itu dipasang di 10 titik panas di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga selain mengesan jika berlakunya runtuhan kecil. 

“Petang ini berlaku lagi pergerakan tanah dan runtuh kecil sedalam satu meter sehingga merebak ke pintu masuk Institut Integriti Malaysia (IIM) berhampiran gelanggang tenis di kawasan terbabit. 

“Buat masa ini, kita mengambil langkah awal dengan menutup kawasan tanah runtuh terbabit dengan kanvas yang telah bermula sejak pukul 3.30 petang tadi sehingga esok,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini. 

Dalam pada itu, menurut Eng Lai, cerucuk besi akan dipasang di lokasi tanah runtuh bagi menstabilkan keadaan tanah untuk membawa keluar kenderaan milik kakitangan MACA dan IIUM yang terperangkap dalam bangunan tersebut. 

“Hasil perbincangan dengan jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak berkaitan tadi telah bersetuju memasang cerucuk besi secara berperingkat dan tempoh pemasangan mengambil masa dalam dua minggu bermula Jumaat ini. 

“Fasa pertama dibuat di sempadan pagar IIM sebagai usaha membawa keluar kira-kira 50 kenderaan yang tersadai dalam bangunan itu,” ujarnya. 

Tambah Eng Lai, hasil penilaian juga mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada takungan air di bawah cerun serta kebocoran paip di bawah tanah. 

“Bangunan tersebut agak lama dibina hampir berusia 40 tahun jadi kemungkinan aliran air bertakung di bawah tanah sehingga berlakunya runtuhan.

“Bagaimanapun, hasil penilaian dibuat mendapati bangunan tersebut masih selamat namun pihak berkaitan masih menjalankan operasi dan pemantauan di lokasi kejadian,” katanya. 

Setakat pukul 4 petang ini, sampel tanah runtuh dekat pintu masuk MACA di sini sudah diambil pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian runtuhan cerun, semalam.

Sampel berkenaan diambil oleh Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang semalam, seramai 76 orang terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita yang juga petugas pentadbiran MACA dan IIM, yang terletak bersebelahan akademi itu, berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu membabitkan kawasan di depan pintu akademi milik SPRM dan meruntuhkan sebuah pondok kawalan dengan keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya