Alam Flora kutip 37,000 tan sampah di KL minggu ketiga Ramadan

Alam Flora kutip 37,000 tan sampah di KL minggu ketiga Ramadan

AZAHARI Zainal Abidin (tengah) memegang beg guna semula bersama wakil penduduk, penguatkuasa PPj dan pekerja Alam Flora di hadapan 3R on Wheels (3ROW) Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kutipan sisa domestik di Kuala Lumpur direkodkan sebanyak 37,000 tan pada minggu ketiga Ramadan iaitu peningkatan enam peratus atau 34,000 tan berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Alam Flora, Azahari Zainal Abidin, Putrajaya pula merekodkan sebanyak 2,075 tan iaitu meningkat satu peratus dari tahun lepas, manakala Pahang pula menurun sebanyak 2 peratus iaitu dari 14, 437 tan ke 14, 410 tan.

Beliau berkata, walaupun tong sampah mencukupi disediakan dan pekerja Alam Flora ditugaskan untuk membersihkan kawasan ditetapkan, tetapi kadangkala terdapat lebihan pelupusan tidak dijangka yang boleh mengakibatkan limpahan sampah.

“Budaya menjaga kebersihan persekitaran telah lama diamalkan seperti di Jepun dan Eropah. Sampah yang ditemukan biasanya dibungkus dengan kemas dan dibawa pulang ke rumah untuk dilupuskan dengan sewajarnya, jauh dari kawasan awam.

“Sikap ini perlu dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia bukan sahaja menggalakkan alam sekitar yang mampan, tetapi juga kesihatan yang baik dan kehidupan yang aktif,” katanya selepas melancarkan kempen ‘Bawa Pulang Sampah Anda’ di Bazar Ramadan D’ Harmoni Presint 9, di sini semalam.

Kempen berkenaan dirasmikan Naib Presiden Perkhidmatan Bandar, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ), Nik Shukri Nik Soh bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai dan peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan di bazar Ramadan dan lokasi lain dikunjungi orang ramai untuk berbuka puasa.

Mengulas mengenai kempen ini, Azahari berkata, orang ramai digalakkan mengutip apa-apa sampah yang bersepah di lokasi awam dan membuangnya di saluran bersesuaian dalam usaha mengekalkan persekitaran lebih hijau dan bersih.

Budaya kesedaran lestari ini, katanya, harus diterapkan terutamanya pada bulan Ramadan di mana banyak gerai dan restoran menyediakan juadah untuk umat Islam berbuka puasa.

Kempen ini juga bertepatan dengan inisiatif Alam Flora mengagihkan 500 bubur lambuk dalam bekas boleh guna semula kepada orang ramai yang mengunjungi Bazar Ramadan D’Harmoni itu.

“Amalan menggunakan bekas boleh guna semula amat digalakkan kerana ia mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna semasa membungkus makanan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya